Berita Hari Ini

Covid-19: Angka Kes Pulih Meningkat

PUTRAJAYA – Angka pesakit pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang semakin meningkat sejak tujuh hari berturut-turut.

Sinar Harian melaporkan, terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 122 kes pulih dan dibenarkan pulang hari ini menjadikan kumulatif kes pulih meningkat sehingga 767 kes.

Peningkatan kes pulih itu dikesan bermula 27 Mac lalu dengan 44 kes.

Sehari kemudian melonjak 61 kes dan pada hari berikutnya pertambahan 68 kes dibenarkan discaj.

Pada 30 Mac, kes pulih direkodkan sebanyak 91 kes dan menurun ke 58 kes pulih pada 31 Mac manakala 1 April, kes pulih kembali melonjak ke 108 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berkata, peratusan kes pulih dan telah discaj ialah 24.6 peratus daripada keseluruhan kes positif.

“Setakat jam 12 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 3,116 kes,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, daripada kes baharu positif, seramai 105 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");