Berita Hari Ini

COVID-19: Arab Saudi Minta Tangguh Persiapan Haji

KUALA LUMPUR – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh bin Taher Banten meminta negara di seluruh dunia menangguhkan dahulu pelan haji musim ini sehingga situasi pandemik COVID-19 beransur pulih.

Menurut laporan Bernama, dalam temu bual dengan TV al-Ikhbaria, menteri itu turut berkata, wang akan dikembalikan kepada mereka yang sudah mendapat visa umrah, tetapi tidak dapat melaksanakannya disebabkan perintah kawalan pergerakan Arab Saudi.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, Menteri itu turut berkata, Arab Saudi amat gusar terhadap keselamatan semua jemaah dan pelawat yang kini ditempatkan di hotel pengasingan.

“Kami sudah menyelaras dengan Kementerian Kesihatan untuk melakukan pemeriksaan ke atas hotel yang menjadi lokasi pengasingan bagi memastikan semua khidmat dan penjagaan diberikan kepada jemaah umrah yang terkandas di Makkah,” katanya.

Arab Saudi kini menyediakan perkhidmatan dan perlindungan kepada 1,200 jemaah umrah yang gagal mendapat tiket pulang ke negara asal masing-masing, akibat larangan perjalanan.

Sebagai langkah berjaga-jaga membendung penularan COVID-19 di negara itu, Arab Saudi mengambil beberapa tindakan antaranya menyekat semua penerbangan keluar dan masuk negara itu selain menggantung sementara urusan umrah.

Menurut data Johns Hopkins University, lebih 1,500 kes COVID-19 di negara itu setakat ini dengan 10 kematian dicatatkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");