Berita Hari Ini

COVID-19: GrabFood mantapkan perkhidmatan sepanjang Ramadan

Grab Malaysia menerusi GrabFood menggariskan tiga kaedah utama bagi memantapkan lagi perkhidmatan penghantaran makanan sepanjang Ramadan.

Ketua Hal Ehwal Awam dan Kerajaan, Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah, berkata pihaknya akan memfokuskan peniaga kedai atau restoran, Grab Express (peniaga di rumah) dan e-bazar di kawasan terpilih.

“Grabfood tampil dengan pelbagai usaha bagi memastikan peniaga terus dapat menjana pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat mereka perlu mendaftar dengan Grabfood secara dalam talian.

“Malah, kami turut menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan dari rumah peniaga ke rumah pelanggan. Bagi e-Bazar, tiada pembelian terus atau ‘walk in’ sebaliknya pihak berkuasa akan sediakan dapur berpusat (central kitchen) untuk pengumpulan juadah yang akan dihantar oleh ‘rider’ GrabFood ke rumah pelanggan.

“Setakat ini, kita sudah mendapat kebenaran dari kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terbabit e-Bazar di dua lokasi iaitu Seberang Perai, Pulau Pinang dan Selangor,” katanya pada BH, hari ini.

Ebi Azly berkata, pekerja GrabFood sentiasa mengikut nasihat dan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika menjalankan tugas bagi mengekang penularan COVID-19.

“Semua inisiatif dilakukan Grab mengikut saranan MKN dan KKM.

“Kerajaan negeri dan PBT turut memainkan peranan sama dalam hal ini. Sebagai contoh, tidak lebih 10 orang boleh bekerja di dapur pusat itu bagi memastikan penjarakan sosial dapat dilaksanakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");