Perak Hari Ini

Covid-19: Hospital Parit Buntar Perlukan Kelengkapan Segera

PARIT BUNTAR- Empat buah khemah saring bertutup (khemah kenduri), Ventilator Machine dan Patient Monitor antara barangan yang amat diperlukan oleh pihak Hospital Parit Buntar dalam kadar segera.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Parit Buntar, Md Nayan Salleh berkata ternyata barangan itu amat diperlukan dalam kadar segera bagi memudahkan urusan pihak hospital khususnya dalam menjalani ujian saringan pesakit Covid-19.

Katanya, hasil lawatan dan perbincangan pihaknya dengan Pengarah Hospital Parit Buntar, Che Sharifah Suleiman mendapati, hospital tersebut hanya menggunakan dua khemah saringan yang dipinjamkan Jabatan Kerja Raya (JKR) namun ianya tidak mencukupi.

“Berikutan ramai yang mendapatkan ujian saringan Covid-19 di hospital ini, penambahan khemah amat diperlukan segera.

“Selain itu, dua lagi alat iaitu Ventilator Machine dan Patient Monitor turut diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja petugas disini,” katanya ditemui media selepas menyerahkan 1,000 penutup hidung dan mulut kepada petugas dan pesakit luar Hospital Parit Buntar, hari ini.


Menurut beliau, kunjungan dan lawatan wakil kerajaan terdahulu (PH) ada menjanjikan untuk mendapatkan sebuah Ventilator Machine kepada hospital ini namun sehingga kini tiada sebarang khabar berita.

“Insyaallah kita akan merujuk perkara ini kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan barangan yang diperlukan hospital ini dalam kadar segera.

“Sekiranya ada pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu persendirian yang ingin membantu boleh berurusan dengan kami atau terus kepada pihak hospital,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");