Perak Hari Ini

COVID-19: Pelajar Maahad Tahfiz Parit Jalani Isolasi Bukan Dikuarantin

IPOH- Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan dakwaan pelajar dan guru dari Maahad Tahfiz telah ditempatkan di Stesen Kuarantin, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan untuk pengawasan.

Menurut kenyataan, 143 orang pelajar serta 5 orang guru tersebut sebenarnya hanya menjalani proses isolasi selama 14 hari.

“Kesemua pelajar dan guru ini sedang menjalani proses isolasi selama 14 hari di Stesen Kuarantin dan berada dalam keadaan sihat dan mereka bukanlah kes wabak koronavirus (Covid-19) yang positif,” katanya.

Bagaimanapun, telah tular satu kenyataan di laman sosial berkenaan pemindahan pelajar positif Covid-19 dari sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Perak Tengah.

Katanya, proses isolasi selama 14 hari perlu dijalankan keatas mereka akibat adanya kontak rapat kepada kes membabitkan perhimpunan kluster jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Mereka dipindahkan pada 6 dan 7 April 2020 adalah merupakan kontak rapat kepada satu kes jemaah tabligh yang dikesan positif jangkitan Covid-19 pada 6 April 2020,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");