Perak Hari Ini

Covid-19: Perak Terima Lagi Sumbangan

IPOH: Kerajaan Perak menerima sumbangan daripada Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei dan Ladang Moccis Sdn Bhd, yang mana ia akan disalurkan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak.

Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei menyumbang sebanyak RM111,000 sementara RM50,000 sumbangan daripada Ladang Moccis Sdn Bhd.

Menurut satu kenyataan, dengan sumbangan-sumbangan tersebut ia menjadikan jumlah terkumpul bagi tabung yang bertujuan memerangi Covid-19 dan membantu golongan sasar di Perak itu ialah sebanyak RM12.425 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan penghargaan atas sumbangan tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma budiman dan kerajaan negeri mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan badan korporat tampil menyumbang kepada tabung ini.

“Sumbangan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak boleh disalurkan kepada melalui akaun Bendahari Negeri Perak CIMB Islamic di nombor akaun 8601170183,” katanya.

Beliau terdahulu mewakili kerajaan negeri hadir menerima sumbangan tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Hadir sama wakil dari Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei, Datuk Chiang Jung-Hsun serta Pengerusi Eksekutif Ladang Moccis Sdn Bhd, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");