Berita Hari Ini

COVID-19: Pertambahan Kes Kluster Kenduri Bandar Baru Bangi

PUTRAJAYA: Terdapat dua pertambahan kes bagi kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 94 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dari jumlah berkenaan sebanyak 15 kes sudah dibenarkan pulang dan lima kes lagi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kluster PUI dari Itali di Sarawak. - Foto Ihsan KKM
Kluster PUI dari Itali di Sarawak. – Foto Ihsan KKM

“Selain itu 74 kes lagi kini sedang dirawat di wad biasa,” katanya yang berkongsi situasi terkini penularan COVID-19, di Facebook miliknya.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Noor Hisham di laman sosial itu, kluster Kenduri Bandar Baru Bangi kini sudah menjangkiti sehingga generasi kelima.

Majlis kenduri kawin yang diadakan di Bangi pada 6 Mac lalu itu turut dihadiri oleh peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Selain itu, ia turut menjangkiti 47 petugas kesihatan yang menghadiri majlis yang sama.

Sementara itu, bagi kluster Kluster Persidangan di Gereja, Kuching, Sarawak pula, Noor Hisham berkata sehingga semalam terdapat 24 kes terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 112 kes bagi kluster berkenaan.

Kluster persidangan di Gereja, Sarawak. - Foto Ihsan KKM
Kluster persidangan di Gereja, Sarawak. – Foto Ihsan KKM
Kluster perkahwinan Bandar Baru Bangi. - Foto Ihsan KKM
Kluster perkahwinan Bandar Baru Bangi. – Foto Ihsan KKM

“Dari jumlah berkenaan 11 kes sudah dibenarkan pulang, empat kes di ICU, 48 kes sedang dirawat di hospital, 47 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin dan dua kes kematian dicatatkan,” katanya.

Difahamkan, persidangan keagamaan di gereja di Kuching Sarawak itu berlangsung selama tiga hari.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 4,119 kes positif COVID-19 sementara 1,487 kes atau 36.1 peratus kini sudah pulih sepenuhnya.

Bagi jumlah kes kematian COVID-19 pula, sebanyak 65 kes dicatatkan memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");