Berita Hari Ini

COVID-19: Polis rakam keterangan Ahli Parlimen Kuantan

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan Ahli Parlimen Kuantan kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kenyataan berserta video dimuat naik bekas Timbalan Menteri itu menerusi Facebook menggunakan nama ‘Fuziah Salleh’.

“Imigresen Johor turut menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis. Gajet digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan turut dirampas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Siasatan diklasfikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Huzir berkata pihaknya menahan seorang wanita semalam, kerana memuat naik dua kenyataan menerusi Facebooknya Khamis lalu, yang berunsurkan hasutan bagi mengugat keamanan negara.

Katanya, suspek dipercayai pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Wendy Shoo Wai Ching’ berusia 48 tahun.

“Gajet yang digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan masing-masing kerana kecenderungan menghasut dan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Huzir berkata hasil siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan termasuk berita yang berunsurkan hasutan bagi mengugat keselamatan awam.

“Polis tidak akan kompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan perkara sedemikian dan tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan,” katanya lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");