Perak Hari Ini

Covid-19: PPBM Parit Buntar Edar Mask Percuma Kepada Pengunjung Pasar Awam

PARIT BUNTAR- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parit Buntar telah mengambil langkah proaktif bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) dengan mengedarkan penutup hidung dan mulut secara percuma.

Ketua PPBM Parit Buntar, Md Nayan Salleh berkata, tindakan itu diambil setelah menyedari wabak Covid-19 semakin menular dengan memberi penutup hidung dan mulut di sekitar kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar awam.

Katanya, bermula pada hari ini sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, pihaknya akan mengedarkan penutup hidung dan mulut itu setiap hari secara percuma kepada pengunjung pasar-pasar awam di Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau secara berperingkat.

Tambah beliau, langkah yang diambil itu berikutan bimbang wabak Covid-19 terus merebak khususnya di daerah Kerian selain usaha pasukan untuk mengembalikan daerah ini sebagai Zon Hijau.

“Sehingga semalam daerah Kerian mempunyai hampir 13 kes dan perkara ini amat membimbangkan kami.

“Justeru hari ini saya bersama pasukan terpanggil untuk memberikan penutup hidung dan mulut ini secara percuma kepada pengunjung pasar awam sebagai salah satu usaha mencegah agar ianya tidak terus berjangkit.

“Selain itu harapan kami sebenarnya ingin melihat daerah Kerian menjadi Zon hijau yang bebas wabak Covid-19 seperti daerah-daerah lain,” katanya ditemui media selepas menyampaikan 200 penutup dan mulut kepada pengunjung Pasar Awam Parit Buntar, hari ini.

Md Nayan yang juga pernah berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kerian dan kini menjawat jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Parit Buntar memandang serius wabak Covid-19 dan akan cuba sedaya upayanya membantu penduduk Parit Buntar menangani wabak ini agar ianya tidak terus merabak dan dapat dihentikan.

“Buat masa ini, kami juga sedang giat mengesan keluarga-keluarga yang menjaga anak yatim atau yatim piatu untuk dibantu bagi memudahkan keluarga ini menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tidak lama lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");