Berita Hari Ini

Cuepacs Rayu Kerajaan Tangguh Tiga Bulan Bayaran Pinjaman LPPSA

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan bagi sektor awam.

Ia susulan daripada keputusan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hari ini untuk tidak memberi penangguhan atau moratorium pembayaran balik ansuran bulanan memandangkan kebajikan penjawat awam terjaga selain untuk memastikan kelangsungan serta sumber kewangan lembaga itu kekal.

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata pihaknya berharap penangguhan itu dapat diberi untuk tempoh tiga bulan mulai April hingga Jun serta mencadangkan penangguhan itu boleh diberi secara pilihan bagi mereka yang memerlukan.

“Dengan penangguhan bayaran balik pinjaman LPPSA yang merangkumi separuh daripada gaji, penjawat awam dan isi rumah mempunyai lebihan pendapatan yang boleh digunakan sewaktu kecemasan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Adnan berkata kumpulan B40 adalah yang paling terkesan sekiranya mereka tidak mempunyai pasangan yang bekerja kerajaan, pasangan bekerja swasta atau pasangan yang mempunyai pekerjaan kedua seperti berniaga dan lain-lain kerja.

“Ada dalam kalangan pasangan merupakan suri rumah sepenuh masa, bekerja sendiri seperti penjaja kecil serta bekerja di sektor swasta yang mungkin turut terjejas pendapatan mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");