Berita Hari Ini

Dah Bagi Jalan, Bawa Ketum Pula

KUALA LUMPUR: Penghantar makanan ditahan polis selepas dipercayai membawa air ketum di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di kawasan Bukit Jalil, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan oleh anggota polis bertugas di lokasi berkenaan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan pada 8.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan dilakukan anggota bertugas menemui satu botol mengandungi cecair disyaki air ketum seberat 500 mililiter di dalam bakul motosikal ditunggang suspek.

“Suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Seksyen 30(3) Akta

Racun 1952 dan permohonan reman akan dipohon hari ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya kekal berada di rumah dan patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta tidak mengambil kesempatan dengan terbabit dalam sebarang kegiatan menyalahi undang-undang memetik HMetro.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah atau dadah di daerah ini boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03 92845050 atau sambungan 5051 atau menghubungi mana–mana balai polis berhampiran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");