Membawang Hari Ini

Dicaci Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Maafkan Netizen

Semalam hangat diperkatakan apabila Bella Astillah akhirnya mengakui sudah pun rujuk semula dengan bekas suaminya, Aliff Aziz ketika dalam tempoh edah dan mengesahkan kini sedang hamil anak kedua.

Tidak dinafikan ramai yang terkejut dengan keputusan Bella itu selepas apa yang terjadi, malah ada yang meluahkan rasa bimbang bagaimana jika Aliff menimbulkan masalah lagi. Malah, ramai yang mengecam Bella kerana masih ingin menyeksa dirinya.

Bagaimanapun, Bella berkata dia reda keputusannya itu dihentam teruk oleh netizen dan memaafkan apa sahaja cacian netizen yang dilemparkan terhadap dirinya. Ujarnya, segala keputusan yang dibuat adalah untuk anaknya.

“Ramai yang mencaci saya bodoh, fitnah saya dan sebagainya, tapi saya maafkan mereka. Selepas ini, saya hanya fokus pada doa-doa yang lebih baik.

“Apapun yang mereka nak fikir mengenai saya, akan selamanya kekal begitu. Walaupun, jika saya cuba jelaskan, kalau mereka tak suka tetap tak suka. Sama ada pilihan saya salah atau tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah pihak kerana kembali rujuk dengan suami, itu akan ditanggung oleh saya sendiri.

“Pilihan saya adalah untuk anak memiliki ibu bapa yang lengkap dan cuba perbaiki apa silap sebelum ini. Mudah untuk orang menilai, tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat utamanya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Bella berkata apa yang berlaku sebelum ini mengajar dirinya untuk jadi lebih matang dan akan lebih berhati-hati sebelum berkongsikan sesuatu mengenai perihal peribadinya di media sosial.

“Perkara yang lepas menjadikan saya lebih matang dan sangat berhati-hati dalam perkongsian soal peribadi. Tidak pernah saya minta simpati atau meroyan di media sosial, itu pilihan saya untuk korbankan cerita rumahtangga saya supaya menjadi iktibar pada orang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");