Berita Hari Ini

Dr Noor Hisham dedah 6 kriteria sebelum PKP ditamatkan

TERDAPAT enam kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum perintah kawalan pergerakan boleh ditamatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Antara kriteria tersebut adalah kawalan sempadan untuk menghalang kes import Covid-19 serta kawalan pergerakan termasuklah laragan berkumpul yang boleh menyebabkan penularan wabak itu, katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Tambahnya, setakat ini kerajaan masih tidak membuat keputusan sama ada akan menamatkan PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini atau melanjutkannya lagi.

“Kita tak boleh longgarkan kawalan sempadan (kriteria pertama) kerana orang mungkin bawa virus bersama mereka.

“Kriteria kedua adalah kawalan pergerakan, yang mana kita nampak sekarang berjaya mengurangkan jumlah kes,” katanya merujuk kepada usaha mengasingkan dan merawat kelompok individu yang dijangkiti Covid-19.

Selain itu, yang turut dipertimbangkan adalah kemampuan sistem kesihatan kita seperti jumlah katil di ICU serta kemampuan makmal untuk ujian saringan.

Manakala, kriteria keempat adalah kemampuan melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, orang kelainan upaya dan pesakit penyakit kronik.

Katanya lagi, kriteria kelima adalah sejauh mana rakyat boleh beradapatasi dengan “norma baharu” termasuklah penjarakan sosial, kerap cuci tangan dan mengelak perhimpunan massa.

Kriteria terakhir adalah kemampuan rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekang penularan virus dalam komuniti.

“Enam strategi ini perlu dipatuhi semua kementerian dan agensi supaya kita boleh nampak (caranya) untuk perlahan-lahan sampai ke strategi penyelesaian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");