Perak Hari Ini

Exco Sudah Beri Keterangan Isu Langgar PKP Kepada Polis

BAGAN SERAI- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian semalam untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata, Razman hadir bersama lima orang yang lain bagi memberi keterangan berhubung gambar tular beliau bersama-sama beberapa individu dan seorang Timbalan Menteri hadir pada majlis jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, baru-baru ini.

Gambar yang tular itu mendapat kecaman luas warga maya dan beberapa ahli politik turut menyuarakan kritikan.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol turut membuat permohonan maaf secara terbuka itu menerusi laman media sosial kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku melibatkan dirinya.

“Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar,” katanya pada suatu hantaran di Facebook.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");