Berita Hari Ini

FAMA Buka Pusat Gerakan

ALOR SETAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka pusat gerakan untuk membantu petani dan nelayan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata, ini berikutan FAMA sudah menerima peruntukan tambahan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi tujuan berkenaan.

“Di Kedah isu lambakan hasil tidak serius dan terkawal, saya ada menerima aduan bertanyakan bagaimana mereka mahu memasarkan hasil pertanian, kita sedia membantu mereka menerusi FAMA.

“Isnin lalu, saya hadir mesyuarat dengan kementerian, jadi peruntukkan tambahan itu akan digunakan untuk membeli bekalan seperti buah-buahan, sayur-sayuran daripada petani dan ikan daripada nelayan. Mereka hanya perlu berhubung dengan pusat gerakan FAMA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan buah-buahan segar FAMA kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas ketika PKP di Pejabat Pertahanan Awam Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah.

Mengulas lanjut, Azman berkata sepanjang PKP, FAMA mengatur penjualan barangan menerusi pelbagai platform iaitu Agrobazar Rakyat (ABR), Agrobazar Kedai Rakyat (AKR), Pusat Jualan Segar Terkawal dan Pasar Tani Kekal (PTK).

Katanya, jualan di premis FAMA kini menunjukkan peningkatan memberangsangkan dan bekalan yang dijual mampu menampung keperluan pengguna di Kedah.

“Contohnya, jualan di PTK Kulim sebelum ini agak perlahan, peniaga nak dapat jualan RM2,000 pun susah tapi sekarang saya difahamkan jualan mereka meningkat sehingga RM5,000 sehari.

“Bagaimanapun, kita galakkan pengguna membeli barangan di premis FAMA secara atas talian bagi mengurangkan kontak secara terus antara pelanggan dan peniaga semasa PKP. Pelanggan hanya perlu tempah atas talian dan terus datang ambil barang,” katanya lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");