Berita Hari Ini

Gagal Masuk Perairan Malaysia, 24 Etnik Rohingya Maut Dalam kapal

SEKURANG-kurangnya, 24 orang etnik Rohingya maut dalam sebuah kapal yang gagal memasuki perairan Malaysia, lapor pihak pengawal pantai Bangladesh pada Khamis.

Astro Awani yang memetik Reuters melaporkan, 396 penumpang yang lain telah diselamatkan setelah berada di laut selama kira-kira dua bulan.

“Mereka berada di laut selama dua bulan dan sangat lapar,” kata seorang pengawal pantai itu kepada Reuters dalam satu kiriman mesej.

Laporan itu menyebut, seorang pelarian mendakwa, kumpulan terbabit dipaksa berpatah balik selepas tidak dapat menghampiri perairan Malaysia sebanyak tiga kali.

Dakwanya lagi, pergaduhan turut tercetus antara penumpang dan anak kapal.

Tambah pegawai tersebut, satu ‘keputusan muktamad’ telah dibuat untuk menghantar kesemua penumpang kapal terbabit pulang ke Myanmar.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia mendakwa, banyak kapal lain dipercayai turut membawa pelarian Rohingya, namun kini berdepan kesukaran untuk berlabuh apabila Malaysia dan Thailand menutup sempadan negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Pada Ahad lalu, lebih 500 etnik Rohingya yang menghampiri perairan Malaysia terpaksa berpatah balik ke Bangladesh selepas hampir sebulan berada di laut.

Salah seorang penumpang kapal itu mendakwa ramai antara mereka dijangka mati sekiranya dipaksa berpatah balik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");