Perak Hari Ini

Henti Politikkan Lagi Insiden Timbalan Menteri, Exco Langgar PKP – MB Perak

GOPENG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap insiden pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria dapat dijadikan pengajaran semua pihak.

Beliau juga berharap agar perkara tersebut tidak lagi dipolitikkan mana-mana pihak.

“Saya harap perkara ini tidak lagi dipolitikkan kerana tindakan telah diambil. Saya berharap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat agar mematuhi PKP ini dengan serius.

“Saya berharap Timbalan Menteri Kesihatan dan YB Exco Kerajaan Negeri dapat meneruskan tanggungjawab mereka berkhidmat dengan mengikut lunas-lunas undang-undang sedia ada,” katanya.

Mahkamah Majistret Gerik hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada ahli parlimen Bagan Serai, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol termasuk, 13 individu lain selepas pengakuan salah direkodkan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara sebulan sekiranya kesemua mereka gagal berbuat demikian.

Pada 18 April, tular gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain menghadiri satu jamuan dan didakwa diadakan tanpa penjarakan sosial seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata keputusan mahkamah itu juga jelas menunjukkan sistem kehakiman negara berfungsi dengan telus tanpa mengira sesiapa

“Saya berharap semua pihak akan mematuhi PKP kerana kita mesti sedar bahawa kawalan ini dibuat adalah demi kepentingan rakyat untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain pasukan Perak, Mohd Nor Ismail, 38, yang sedang menjalani proses pemulihan akibat diserang angin ahmar, di sini, hari ini.

Difahamkan Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menyampaikan sumbangan tersebut hasil daripada kutipan tiket perlawanan Unity Shield 2020 antara Pasukan Perak dan skuad Lang Merah yang berlangsung di Stadium Perak pada Febuari lalu.

“Semoga sumbangan ini akan meringankan beban bapa kepada tiga cahaya mata yang pernah menabur bakti sebagai pemain pertahanan Perak untuk musim 2005, 2006 dan 2008 yang lalu.

“Semoga urusan Mohd Nor dalam menjalani proses fisioterapi dipermudahkan dan kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");