Perak Hari Ini

Henti Sebar Video Tular Lelaki Melayu Dakwa Anut Agama Kristian – Mufti Perak

IPOH: Semua pihak digesa agar menghentikan penyebaran klip video yang tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki Melayu yang didakwa mengisytiharkan dirinya sebagai penganut Kristian dan berstatus pastor.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata ia kerana tindakan menyebarkan klip video itu boleh membawa kepada mempromosikan tindakan lelaki tersebut.

Selain itu belau turut menyarankan agar satu laporan kepada pihak berkuasa seperti Polis hendaklah dilakukan sebagai tanda menunjukkan kebencian terhadap perbuatan keji itu.

Tambahnya pemerintah, ibu bapa, guru dan majikan hendaklah bertanggungjawab dalam menyedarkan semua pihak terhadap nilai iman dan Islam adalah anugerah Allah yang paling bernilai.

Jelas beliau isu murtad bukanlah hak individu seperti yang difahami segelintir pihak tetapi isu tersebut adalah melibatkan isu keselamatan yang tertakluk di bawah tanggungjawab kerajaan.

“Saya menyeru segenap lapisan masyrakat Islam agar kecemburuan kita terhadap sesuatu yang merosakkan nilai agama dan kepercayaan hendaklah didahulukan tanpa menunggu angka yang banyak untuk bertindak.

“Marilah kita menyedari bahawa dewasa ini kita buka sekadar menghadapi krisis keruntuhan akhlak, konflik politik dan perpecahan umat, kecuaian dalam ibadah, kelemahan meninggikan syiar Islam dan pembudayaan songsang, tetapi kekhuatiran utama yang perlu disedari adalah permasalahan iman dan kufur.

“Kealpaan, kecuaian dan sikap sambil lewa kita dalam memelihara agama bakal menyumbang kepada kelemahan dan kemunduran Islam pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata kenyataan individu tersebut yang mendakwa anutan baharunya itu berdasarkan sikap yang kononnya bertambah baik berbanding ketika Islam adalah dangkal.

Menurut Harussani, individu itu telah gagal memahami Islam daripada sumber yang benar walaupun berada dalam persekitaran keluarga dan masyarakat Muslim.

“Perlu diingatkan bahawa ‘virus’ murtad adalah terlalu bahaya yang tidak mungkin kita boleh meletakkan ia sebagai isu peribadi dan konflik kepercayaan sahaja.

“Jika ianya hanya isu peribadi dan konflik kepercayaan sahaja, mengapa begitu agresif Saidina Abu Bakar R.A memerangi golongan ini sewaktu zaman pemerintahan beliau.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya kesalahan murtad yang merupakan perbuatan keji dan Allah SWT mengancam pelakunya dengan azab yang amat besar,” jelasnya.

 

https://www.facebook.com/muftiperak/posts/3499827763377676

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");