Membawang Hari Ini

Ibu Hanis Zalikha Dikecam Tayang Duit Belanja Dari Anak

Niat hanya untuk berkongsikan duit belanja yang diberikan oleh anaknya di Instagram, bagaimanapun perkongsian ibu kepada Hanis Zalikha iaitu Nani Rostam mengundang kecaman netizen apabila ada yang menyifatkan tindakannya seolah mahu menunjuk dan riak.

Menerusi perkongsian itu, ibu Hanis Zalikha memberitahu anaknya itu memberi wang belanja kepadanya setiap bulan serta mendoakan anaknya itu dimurahkan rezeki. Ibunya turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Perkongsian itu tular di Twitter apabila rata-rata netizen bertindak mengecam dan menyindirnya. Malah, ada yang mempersoalkan perlu ke mengambil gambar duit bersama tasbih dan Al-Quran.

Bagaimanapun, ada segelintir menyifatkan tindakan individu yang menularkan posting berkenaan kerana bersifat dengki dan iri hati. Kata netizen lagi, tiada salahnya tentang perkongsian tersebut kerana itu adalah luahan hati ibu buat anaknya.

Tidak kurang juga ada netizen turut menasihatinya agar tidak lagi berkongsikan foto sedemikian kerana boleh mengundang pelbagai persepsi negatif. Bagaimanapun difahamkan foto berkenaan telah pun dipadamkan oleh ibu pelakon itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");