Berita Hari Ini

Ingkar PKP: 58 Pesalah Jalani Hukuman Di Penjara Sementara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 daripada 13 penjara sementara yang diwartakan sebagai pusat tahanan pesalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mula beroperasi dan kini menempatkan 58 individu yang dihukum penjara atas kesalahan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 386 individu semalam, berbanding 550 pada hari sebelumnya kerana ingkar PKP dengan 332 daripada mereka direman dan 54 diberi jaminan polis manakala 649 individu pula dituduh di mahkamah.

“Jumlah tangkapan dari hari ke hari semakin menurun dan kita berharap trend ini berterusan. Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mula menyedari dan mematuhi setiap arahan PKP.

“Begitu juga terima kasih buat PDRM dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) selain semua agensi terbabit untuk memastikan pematuhan rakyat dapat ditingkatkan,” katanya pada sidang media PKP harian di sini, hari ini, lapor BH Online.

Ismail Sabri berkata, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam ialah seramai 19,434 individu.

Katanya, PDRM dan ATM mengadakan 830 sekatan jalan raya di seluruh negara semalam dan melakukan pemeriksaan ke atas 537,320 kenderaan.

“Sebanyak 40,892 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,817premis diperiksa oleh pihak berkuasa, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");