Membawang Hari Ini

“Jangan Semakkan Lagi Hidup Polis Dengan Isu Artis”

Masih hangat dibincangkan tentang isu artis meminta dana khusus untuk penggiat seni, semalam kecoh apabila Persatuan Seniman Malaysia membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni Malaysia.

Malah, pihak Seniman juga turut meminta agar lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan.

Meskipun tidak menyatakan nama selebriti berkenaan, rata-rata netizen membuat andaian bahawa laporan polis itu dibuat terhadap pelakon Zarina Anjoulie.

Melihat segala kekecohan yang berlaku lebih-lebih lagi disaat-saat genting ini, Bront Palarae tampil menyelar tindakan persatuan itu. Menurut Bront, masalah dalam industri perlu diselesaikan secara dalaman.

Bront turut meminta agar pihak persatuan tidak membebankan pihak polis dengan isu sebegini kerana banyak lagi perkara penting yang perlu ditangani oleh mereka pada ketika ini.

Perkongsian Bront itu turut mendapat sokongan daripada netizen yang menyifatkan tindakan Seniman itu tidak wajar dan memalukan kerana ada perkara lebih penting lagi yang boleh diberi tumpuan.

Apa pun benar apa yang dikatakan Bront bahawa perkara itu perlu diselesaikan di antara Persatuan Seniman sendiri kerana pihak polis yang juga selaku barisan hadapan banyak perkara lebih penting perlu mereka lakukan ketika negara dilanda wabak COVID-19 ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");