Berita Hari Ini

Jumlah Tangkapan Ingkar PKP Menurun Kepada 489

PUTRAJAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 489 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang semalam dan jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 606 pada hari sebelumnya (Ahad).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 465 individu direman.

“Sebanyak 741 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 27 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 21,106 individu,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 832 sekatan jalan raya di seluruh negara, selain pemeriksaan ke atas 616,917 kenderaan pada Isnin.

Jelasnya, sebanyak 41,830 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,698 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuka sebanyak 238 kertas siasatan berhubung berita palsu.

Katanya memetik Astro Awani, daripada jumlah itu, sebanyak 170 masih dalam siasatan, 24 kes sudah didakwa di mahkamah, dan 13 kes lagi mengaku bersalah.

“Oleh itu saya ingin meminta supaya orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyemak kesahihan berita tersebut melalui portal sebenarnya.my.

“Saya perlu beri ingatan jika tidak pasti jangan kongsi kerana yang menyebar juga boleh diambil tindakan. PDRM dan SKMM akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");