Berita Hari Ini

Kempen #janganputusasamalaysia bangkitkan semangat positif

Dalam usaha memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat yang kini berdepan dengan keadaan tidak menentu berikutan wabak COVID-19, penerbit akhbar bahasa Malaysia tempatan hari ini melancarkan kempen #JanganPutusAsaMalaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, mengajak rakyat Malaysia untuk  memulakan kempen itu  secara meluas dengan menggunakan ‘hastag’ (tanda pagar) tersebut di semua media sosial.

Selain membanjiri media sosial dengan hantaran kata-kata positif, berkongsi kisah inspirasi, gambar serta momen indah bersama sahabat dan keluarga, kata penerbit akhbar Sinar Harian itu dalam catatan di Facebooknya.

“ Kita akan memulakan new normal, sebuah kebiasaan baru untuk saling menginspirasi dan memberi semangat pada sesama kita,” katanya dan menambah, kita perlu  kembalikan keyakinan dan kepositifan untuk bangkit semula

Beliau turut menyarankan kerajaan persekutuan dan negeri, berserta  semua institusi, badan perniagaan dan  institusi keluarga di negara ini supaya segera bergabung dalam satu semangat untuk saling mendukung dan menyokong.

“Pertama dan utama, kita perlu beriltizam untuk tidak berputus asa dari rahmat Allah swt,”  kata Hussamuddin.

Beliau berkata perasaan takut dan bimbang pastinya akan hanya menggoncang kekuatan diri kita dan tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali  berpotensi untuk terus menelan dan menghenyak diri kita ke bawah iaitu ’spiral down’.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa perkara buruk ini sedang berlaku. Ia menakutkan dan ia benar-benar berlaku. Dengan meyakini janji Allah swt di dalam Surah Yusuf yang indah,12:87, putus asa itu bukan kita,” katanya.

Beliau berkata kita tidak akan menyerah kalah kerana Allah ada, dan kita telah melihat bagaimana jatuh dan bangun berlaku dalam sejarah manusia, sepertimana Ahsan Al Qasas, kisah terindah dalam Surah Yusuf.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");