Berita Hari Ini

Kerjasama rakyat penting putuskan rantaian jangkitan COVID-19 PKP fasa 3

Kesedaran rakyat di negeri ini dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga amat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata langkah kerajaan Persekutuan menyambung tempoh PKP fasa ketiga membuktikan kesungguhan untuk menyelesaikan krisis wabak pandemik di negara ini dengan segera.

“Kesedaran itu penting bahawa setiap diri kita ini boleh menjadi pembawa kepada COVID-19, oleh itu penting untuk bersama-sama mengamalkan langkah pencegahan.

“Sentiasa berada di rumah jika tidak ada keperluan penting untuk berada di luar. Ia bagi mengelakkan kita daripada dijangkiti COVID-19 dan kemudian menjangkiti orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya dan miskin tegar di Projek Perumahan  Rakyat Taman Gayang Ria, di sini hari ini.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MTI) negeri merangkap Ahli Parlimen Tuaran  itu turut mengingatkan sektor yang dibenarkan beroperasi dalam PKP fasa ketiga supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");