Berita Hari Ini

Kes harian paling rendah sejak 12 Mac, lebih 4,000 sembuh

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 31 lagi kes Covid-19, iaitu angka harian paling rendah sejak 12 Mac (sembilan kes).

Ini menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 5,851 kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa satu lagi kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah sebanyak 100.

Mengambil kira 4,032 atau 68.9 peratus yang telah sembuh termasuk 75 lagi hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 1,719 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Memetik MKini, kes kematian ke-100 (kes ke-3628) melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Pesakit itu sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 4 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 28 April jam 9.40 pagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");