Perak Hari Ini

Khidmat Zainol Sebagai Penasihat MB Perak Dikekalkan

IPOH: Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi sebagai penasihat Menteri Besar Perak masih dikekalkan.

Ia susulan pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-13 pada 13 Mac lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak, Zainol telah memainkan peranan penting dalam membantu kelancaran pentadbiran di Perak selama 20 bulan sebelum ini.

“Menteri Besar memutuskan bahawa khidmat Adun Sungai Manik itu perlu dikekalkan bagi menasihatkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri yang baharu dibentuk.

“Menteri Besar yakin dan percaya Datuk Zainol akan terus memainkan peranan yang berkesan dalam membantu jentera pentadbiran kerajaan negeri untuk menghadapi pelbagai cabaran sosial dan ekonomi akibat ancaman kesihatan awam susulan penularan pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu, hari ini.

 

 

Selain itu tambahnya lagi, hari ini Menteri Besar turut mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang baharu di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

“Semalam Menteri Besar telah mengumumkan perincian portfolio Menteri Besar dan tujuh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan menggalas cabaran menstabilkan ekonomi negeri dalam tempoh dua tahun akan datang dan jangka masa panjang,” ujar kenyataan itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");