Berita Hari Ini

‘Kim Jong Un Masih Hidup Dan Sihat’ – Korea Selatan Nafi Laporan Media AS

SEOUL: Korea Selatan menafikan dakwaan agensi berita Amerika Syarikat (AS) CNN bahawa Kim Jong-un berada dalam keadaan kritikal.

Menurut penasihat polisi asing presiden Korea Selatan, Moon Chung-in kerajaannya tegas dengan pendirian bahawa pemimpin Korea Utara itu sihat.
 
“Pendirian kami kekal. Kim Jong-un masih hidup dan sihat.

“Beliau berada di Wonsan sejak 13 April.

“Tiada pergerakan yang menimbulkan kesangsian dikesan setakat ini,” kata Chung-in.

Terdahulu, CNN melaporkan Jong-un berada dalam keadaan kritikal susulan pembedahan.

Portal berita CNN melaporkan perkara itu yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) yang dakwa mempunyai pengetahuan secara langsung.

Jong Un sebelum ini tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Namun, beliau hadir pada mesyuarat empat hari sebelum itu.

Memetik Astro Awani, Jong Un kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");