Berita Hari Ini

KKM guna ujian antibodi sebelum benarkan pesakit kuarantin pulang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beralih strategi dalam melakukan ujian Covid-19 terhadap kontak rapat pesakit yang dikuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, berkata ujian antibodi (serologi) dan bukan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) akan dijalankan terhadap kontak rapat yang akan menamatkan tempoh kuarantin selama 14 hari mereka, bagi menentukan sama ada mereka boleh dibenarkan pulang atau tidak.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata KKM masih akan menjalani ujian PCR pada permulaan kuarantin.

“Pada hari pertama, kita (KKM) masih akan menggunakan swab PCR tetapi pada hari ke-13, dulu kita mengambil ujian PCR sekali lagi, tetapi sekarang kita akan menggunakan ujian serologi atau antibodi kerana lebih cepat, lebih mudah dan dapat dilakukan di sisi katil.

“Jika ternyata positif, kami akan mengesahkan lagi dengan ujian PCR.

“Sekiranya ujian PCR pertama mereka negatif dan pada hari ke-13 ujian darah juga menunjukkan tidak ada antibodi, maka virus itu tidak ada. Begitulah cara kita guna kaedah penjimatan ujian),” katanya.

Ujian antibodi biasanya dilakukan menggunakan sampel darah sementara ujian PCR menggunakan sampel rembasan hidung.

Kementerian Kesihatan mengutamakan ujian PCR kerana ia dapat mengesan kehadiran bahan genetik Covid-19, yang dapat dikesan sejurus selepas seseorang dijangkiti.

Sebaliknya, ujian serologi bagi mengesan antibodi terhadap Covid-19, yang mungkin mengambil masa antara lima hingga lapan hari untuk dapat dikesan. Ini bererti mengambil ujian terlalu awal kemungkinan memberikan hasil yang tidak tepat.

Bagaimanapun, ujian serologi dilihat dapat diterima bagi mereka yang akan keluar dari kuarantin kerana mereka sudah diasingkan selama hampir 14 hari.

Noor Hisham berkata kaedah berkenaan akan dapat menjimatkan ujian PCR untuk digunakan pada kes Covid-19 yang sudah didiagnos serta bagi tujuan pengesanan kes aktif.

Ujian PCR biasanya mengambil masa enam jam tetapi jumlah besar dan cabaran logistik dapat memanjangkan hingga dua hari kerana ujian mesti diproses di makmal.

Kerajaan telah mensasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengujian negara kepada 16,500 ujian sehari pada pertengahan bulan ini, tetapi ia setakat ini pada kadar 11,500 sehari.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata lima makmal baru ditubuhkan untuk meningkatkan kapasiti ujian harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");