Berita Hari Ini

Laporan: Polis Siasat Video Tunjuk Polis Pukul Remaja

Polis Sabah dilaporkan sedang menyiasat sebuah video yang memaparkan seorang anggota pasukan itu dikatakan telah memukul lima orang dengan menggunakan apa yang kelihatan seperti sebatang kayu.

Video itu kelihatan telah diambil di luar sebuah masjid di Kunak, Sabah. The Star melaporkan klip video sepanjang 27 saat itu dipercayai dipercayai telah dirakam semalam.

Laporan itu memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Mazli Mazlan berkata, “siasatan dalaman sedang berjalan.”

Mazli dilaporkan memberitahu harian itu bahawa pegawai polis telah mengarahkan lima orang – yang dipercayai remaja – untuk pulang ke rumah selepas mereka didapati melepak di kawasan itu walaupun perintah kawalan pergerakan sedang berkuatkuasa.

“Bagaimanapun, apabila anggota bertugas kembali semula ke tempat yang sama (selepas meneruskan rondaan), lima orang terbabit masih berada di sana dan dia sekali lagi memberitahu mereka supaya bersurai,” katanya.

Bagaimanapun, Mazli dilaporkan berkata kumpulan itu bertindak balas terhadap arahan pihak berkuasa dengan ketawa dan enggan bersurai, jadi anggota polis itu mengambil tindakan lebih drastik.

Kumpulan terbabit kemudiannya dibenarkan pulang, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");