Berita Hari Ini

MBI Prihatin

IPOH: Pengamal media di Perak turut antara yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tampil memberi bantuan dengan tujuan membantu mereka yang juga petugas barisan hadapan selain turut berhadapan dengan pelbagai risiko dalam mendapatkan bahan berita sewaktu wabak Covid 19 yang sedang melanda negara.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi berkata, seramai 20 petugas media yang memerlukan daripada pelbagai agensi telah menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan itu berupa beras, minyak masak, gula, garam, sardin, susu pekat, tepung, bihun dan mi segera.

“Sumbangan ini adalah tanda sokongan dan penghargaan MBI kepada petugas media di Perak yang turut bertungkus lumus bertugas mendapatkan berita-berita terkini ketika Covid-19.

“Oleh sebab itu, MBI rasa terpanggil untuk membantu mereka dengan memberi sumbangan ini,” katanya, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");