Berita Hari Ini

Mesyuarat Khas Isu Kekeluargaan Diselaras, Elak Pertindihan Perkhidmatan

PUTRAJAYA: Mesyuarat khas bagi menangani isu kekeluargaan, sosial dan komuniti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan semalam bagi menyelaras peranan setiap kementerian berkaitan agar dapat mengurangkan pertindihan perkhidmatan dan memperluas capaian perkhidmatan.

Mesyuarat khas berkenaan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Zulkifli berkata, portfolio di bawah menteri terbabit mempunyai kelebihan tersendiri masing-masing dalam bidang kaunseling, bimbingan kerohanian dan nasihat perundangan berkaitan rumah tangga.

“Mesyuarat bersetuju untuk meneliti bidang kerjasama bagi memperkasakan perkhidmatan dalam talian mengikut ‘niche area’ masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia sepanjang PKP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung mesyuarat berkenaan, lapor BH Online.

Mesyuarat khas itu diadakan bertujuan menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang tercicir daripada mendapat perkhidmatan yang sewajarnya dalam hal berkaitan kekeluargaan, sosial dan komuniti.

Menurut Zulkifli, satu pelan strategik yang holistik dan cekap antara kementerian akan dibentuk selepas perbincangan khusus membabitkan ketiga-ketiga kementerian terbabit pada 9 April, termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya amat berharap tempoh PKP ini menjadi waktu yang amat berharga bagi mereka yang berkeluarga. Rumah adalah syurga dan keluarga adalah segala-galanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");