Berita Hari Ini

MITI Teliti Pandangan Rakyat – Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan meneliti setiap pandangan dan cadangan berhubung kebenaran terhadap beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kedai gunting rambut.

Memetik Sinar Harian, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan pelbagai berita dan maklumat dikongsikan oleh rakyat di media sosial berhubung kebimbangan mereka berkaitan penularan koronavirus (Covid-19).

“Insya-ALLAH, saya percaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan meneliti semua pandangan rakyat dan memperhalusi perkara tersebut,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Semalam kerajaan mengumumkan pelonggaran kepada sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuk perkhidmatan gunting rambut.

Namun begitu, cadangan membenarkan kedai gunting rambut dan perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar beroperasi sepanjang PKP ini mendapat pelbagai reaksi rakyat dengan ada yang bersetuju dan tidak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");