Berita Hari Ini

Muat Naik Video Palsu: Fuziah Salleh Akan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman akan mendakwa ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan didakwa di mahkamah di Johor Bahru pada Rabu atas dakwaan menyebarkan berita palsu.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman akan membuat pertuduhan siasatan bagi kes penyebaran berita palsu menerusi hantaran di laman Facebook milik YB Fuziah Salleh esok,” kata polis.

Bekas timbalan menteri itu akan akan berhadapan pertuduhan jam 8.30 pagi esok berhubung kiriman yang dibuatnya menerusi Facebook baru-baru ini.

Sebelum ini Fuziah memuatnaik sebuah klip video di Facebooknya dan mendakwa kononnya rakyat Malaysia di Singapura merempuh kawalan pihak berkuasa imigresen di Tambak Johor untuk balik ke tanah air.

Klip video itu dipaparkan ketika Singapura mula mengenakan kawalan pergerakan berkuat kuasa 7 April lalu.

Fuziah bagaimanapun menurunkan klip video tersebut beberapa jam kemudian dan memohon maaf kerana menaikkan rakaman video lama.

Imigresen Johor turut menafikan dakwaan itu dan seterusnya membuat laporan polis.

Pada 12 April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dilaporkan berkata polis merakam keterangan Fuziah bagi membantu siasatan.

Siasatan diklasfikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");