Perak Hari Ini

Op Cantas Subaru Kanthan, 10 Suspek Ditahan

IPOH- Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Perak berjaya menahan sepuluh orang suspek menerusi Op Cantas Subaru Kanthan yang dijalankan sejak oktober 2019 yang lalu menjurus kepada penglibatan beberapa kejadian jenayah serius yang berlaku sejak tahun 2015 sehingga 2019.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah melakukan serbuan ke atas kumpulan ini pada 13 mac 2020 dan berjaya menahan suspek berkenaan.

“Hasil daripada risikan tersebut, pihak Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak dan Bahagian D14 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah berjaya mengenalpasti satu kumpulan jenayah yang dianggotai oleh beberapa orang lelaki India yang diketuai oleh seorang lelaki yang dikenal pasti.

“Kumpulan ini telah terlibat dengan beberapa kes jenayah iaitu bunuh, pergaduhan yang mendatangkan cedera parah dan khianat terhadap harta benda bermula tahun 2015 sehingga 2019 yang lalu.

Katanya, kesemua tangkapan berumur di antara 27 tahun sehingga 50 tahun dan berbangsa India yang beralamat di sekitar Ipoh dan Batu Gajah, Perak.

Menurut beliau, berdasarkan rekod jenayah yang dilakukan, suspek- suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah kekerasan serta dadah bagaimanapun, pihak polis masih memburu beberapa orang suspek dipercayai ahli kumpulan yang masih bebas.

“Bagi membendung kumpulan ini daripada terus berleluasa, peruntukkan di bawah akta kes alahan keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah dilaksanakan dan siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 130V Bab VI B Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

“Kesemua suspek di tahan reman selama 28 hari bermula 13 Mac 2020 sehingga 9 April 2020 di bawah peruntukkan Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

“Kertas siasatan telah lengkap dan di rujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 April 2020 manakala pertuduhan ke atas sepuluh ahli kumpulan ini akan dijalankan pada 8 april 2020 di Mahkamah Seksyen Ipoh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");