Perak Hari Ini

Operasi Bazar Ramadan Akan Dibincangkan – MB Perak

IPOH: Kerajaan Perak masih belum memutuskan berkenaan isu pengoperasian bazar Ramadan di seluruh negeri pada tahun ini, susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu akan dibincangkan bersama-sama pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita akan mengadakan perbincangan bersama-sama pemegang taruh dan kerajaan tempatan atau PBT.

“Kita akan umumkan kaedah paling sesuai untuk kita menjalankan perniagaan pada waktu Ramadan nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Dilaporkan sehingga ke hari ini, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Kedah dan terkini Pulau Pinang, telah membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri masing-masing

Sementara Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar juga sudah menegaskan bahawa bazar Ramadan tidak sesuai diadakan di negeri itu disebabkan risiko berlaku kontak rapat yang amat besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");