Membawang Hari Ini

Patutlah Nama Unik, Aktor Remaja Crash Landing On You Ini Rupanya Berdarah Malaysia!

Jika anda peminat drama popular Crash Landing On You, sudah pasti tertanya-tanya mengapa nama salah seorang pelakonnya, Tang JungSang kedengaran unik.

Untuk pengetahuan, pangkal nama akhir ‘Tang’ di Korea adalah jarang atau pun tidak pernah didengar oleh mereka sebelum ini.

Namun segalanya terjawab apabila JunSang yang membawakan watak Geum Eun Dong itu mendedahkan bahawa dia mempunyai darah Malaysia.

JunSang mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama Xsportsnews baru-baru.

“Saya memang orang Korea dan itu adalah nama sebenar saya. Disebabkan pangkal nama saya itu agak istimewa jadi rasanya ramai yang akan mengingati nama saya,” ujarnya.

JunSang juga menjelaskan dia adalah satu-satunya anak lelaki. Bapanya merupakan keturunan Cina-Malaysia manakala ibunya pula berketurunan Korea dan lahir dalam keluarga yang pelbagai kaum (multi-cultural family).

Tang merupakan nama akhir yang biasa diberikan dalam komuniti Cina di Malaysia.

Sama seperti Korea di mana kebanyakan nama akhir adalah Kim, Lee, Choi dan Park.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: kpopmap.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");