Perak Hari Ini

Pegawai Khas MB Perak Lapor Polis Terhadap Hantaran Berbentuk Fitnah di FB

IPOH- Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap satu hantaran di Facebook yang menfitnah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, terdapat tulisan di Facebook oleh Mohszin Mokhtar yang bertarikh 4 April 2020 jam 2,41 petang berkaitan dengan kehilangan duit disonglap orang seorang individu yang berhubung rapat dengan Menteri Besar.

“Dalam status Mohszin Mokhtar tersebut, Mohszin Mokhtar antaranya menyatakan: Kakak saya menjual rumah pada tahun 2017 dan wang berjumlah RM168 ribu telah disonglap oleh seorang peguam bernama FR.

Katanya ia boleh dirujuk di:

https://www.facebook.com/100002522945061/posts/2904495619644508/?d=n

Selain itu katanya, terdapat lagi satu tulisan dalam hantaran yang sama di mana individu tersebut yang mana turut mengaitkan beliau berkenaaan perkara tersebut.

“Pada tarikh 5 April 2020 jam 9.49 malam, Mohszin Mokhtar telak memuat naik satu status Facebook antaranya ialah.

11. Dengan jelas mengatakan yang MB support dia (Firdaus)dan menyatakan yang mereka sedang uruskan projek bernilai RM20 juta di Teluk Intan.

“13. Hati kecil saya masih berharap yang Peja tidak terlibat dalam skandal RM20 juta ini. Kerana saya menghormati gaya pimpinanya. 14. Tapi melihat kepada hubungan rapat Firdaus Rizal dan Mubin Saleh, Seterusnya Mubin dan Peja. Saya berasa sangsi dan pasrah,” katanya berkenaan hantaran tersebut.

Mohd Hafez bagaimanapun meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap perkara berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");