Berita Hari Ini

Pekerja Malaysia Di Singapura Tidak Boleh Pulang Selagi Belum Dapat Kelulusan Bebas COVID-19

PUTRAJAYA- Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak boleh pulang selagi tidak mendapat kelulusan bebas daripada COVID-19 yang dikeluarkan kerajaan negara jiran itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata itu adalah perjanjian awal antara kedua-dua negara berkenaan yang dipersetujui sebelum ini, iaitu rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu perlu menjalani saringan sebelum dibenarkan pulang.

“Ada sedikit perubahan dalam perjanjian itu…kumpulan kerja membabitkan Kementerian Sumber Manusia akan berunding dari segi syarat-syarat tertentu yang baharu. Insya-Allah esok Kementerian Luar akan maklumkan.

“Setakat ini, kita memang tidak benarkan rakyat kita masuk (pulang) ke negara kita,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Khas Kabinet di sini, hari ini.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");