Perak Hari Ini

Perak Teruskan E-Bazar Melalui S.M.A.R.T Iftar@Perak Jalin Kerjasama Dengan Grabfood, Foodpanda

IPOH- Kerajaan negeri meneruskan konsep jual beli secara e-bazar dengan mempertimbangkan kaedah alternatif sepanjang bulan Ramadhan selaras dengan aspek pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, Perak telah mengambil keputusan untuk melaksanakan bazar ramdahan secara drive thru iaitu dipanggil S.M.A.R.T Iftar@Perak.

Bagaimanpun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ adalah tidak dibenarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan DigitalPerak akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat- syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia Sdn. Bhd. (Foodpanda) dan Grab Malaysia (Grab) melalui GrabFood serta sistem Yezza bagi meneruskan S.M.A.R.T Iftar@Perak.

“Kita tidak dibenarkan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan sebarang bentuk pandu selain daripada melaksanakan konsep penghantaran makanan dan itupun telah diletakkan syarat bagi perkhidmatan tersebut.

“Penghantar makanan ini akan menghantar makanan seperti biasa dari premis-premis yang berdaftar di bawah PBT dan premis yang telah berdaftar dengan syarikat penghantar makanan berkenaan,” katanya kepada media hari ini.

Katanya, bagi perlaksaan konsep berkenaan, tidak akan ada mana-mana pusat bagi perlaksanaan S.M.A.R.T Iftar@Perak yang menempatkan para peniaga untuk berniaga.

Menurut beliau, pendaftaran telah dibuka dan kepada para peniaga yang berminat untuk berniaga melalui S.M.A.R.T Iftar@Perak, mereka perlu mendaftarkan diri kepada PBT masing-masing.

“Peniaga yang berminat boleh mendaftar kepada PBT sahaja di mana PBT akan membuat semakan untuk memastikan peniaga mematuhi syarat-syarat asas untuk menjadi peniaga,” katanya.

Tambah beliau, apa yang menarik di bawah program tersebut, Foodpanda dan GrabFood telah bersedia untuk memberikan diskaun sebanyak 5% daripada di atas pihak syarikat untuk komisyen makanan yang dikenakan ke atas pihak vendor (25% daripada 30% caj biasa)

Kata Nolee, platform digital tersebut di https://digitalperak.my yang akan memulakan operasi pada hari ini untuk pendaftaran peniaga dan untuk tatapan pembeli pula adalah pada 1 Ramadan nanti.

“Laman web tersebut akan memaparkan direktori maklumat peniaga yang berdaftar dan disahkan oleh pihak PBT serta menu Ramadan dan harga makanan,” katanya.

Sementara itu katanya, pihak syarikat penghantar makanan juga telah menetapkan kuota bagi mendaftar dan menjadi penghantar makanan untuk menjamin kualiti perkhidmatan penghantaran.

“Jadi, kepada mereka yang ingin mendaftar juga tertakluk kepada ‘siapa cepat dia dapat’,” katanya kepada media tentang kemungkinan akan berlakunya kesesakan permintaan penghantar makanan pada waktu puncak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");