Membawang Hari Ini

Persamaan Watak Rekaan Dalam Daulat Cuma Kebetulan

Pengarah filem Daulat, Imran Sheik mengaku tidak dapat menghalang penonton daripada terus membuat andaian berkenaan watak-watak dalam filem arahannya dan mengaitkannya dengan ahli politik negara ini seperti Najib Razak atau Dr Mahathir Mohamad.

Imran berkata, sudah menjadi kebiasaan ada segelintir penonton yang gemar mencari persamaan atau perbezaan watak-watak rekaan dalam filem dengan individu di dunia sebenar.

“Orang akan sentiasa cari persamaan. Jika persamaan tu tepat, ia akan buat orang bercakap.

“Tapi apa boleh dikatakan adalah, sekiranya timbul persamaan, ia berlaku secara tak sengaja, bukan dengan niat saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, timbul cakap-cakap bahawa watak Presiden MUNA, Hassan Banna – yang dijayakan pelakon Tony Eusoff – adalah Najib manakala watak Tun Malik (Jalaluddin Hassan) sebagai Mahathir.

Selain itu, watak Suri (Vanidah Imran) pula dikaitkan dengan pelbagai versi seperti Azmin Ali, isteri Najib, Rosmah Mansor dan isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Hal itu juga dinafikan Imran.

Menguatkan lagi kenyataannya itu, kata Imran, watak Hassan tidak menyamai Najib yang selepas ditewaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 bukan lagi seorang presiden dalam mana-mana parti politik.

“Memang tak ada. Sebabnya Najib bukan presiden parti lagi lepas PRU14 seperti Hassan,” katanya.

Untuk rekod, sebelum Daulat ditayangkan kepada umum, Imran pernah menegaskan naskhah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian sebenar atau mana-mana pihak.

Menurut Imran lagi, disebabkan Malaysia menjadi latar tempat, dia seboleh-bolehnya tidak mahu kisah yang dipaparkan itu nampak “asing” daripada segi penceritaan.

“Jika menjauhi-watak dari seseorang, sukar untuknya menjadikan Daulat sebuah cerita yang mempunyai landskap politik di Malaysia.

Sementara itu, mengulas mengenai sambutan Daulat, Imran berkata, dia tidak menyangka filem berkenaan boleh menerima sokongan positif daripada orang ramai.

“Saya dapati majoriti menyukai filem berkenaan. Tapi Daulat mungkin tidak mendapat tempat di hati pembikin flem-filem indie,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");