Berita Hari Ini

Persatuan Teksi Mohon Bantuan Hadapi COVID-19, PKP

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan dan Syarikat Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) menggariskan beberapa cadangan sebagai bantuan kewangan kepada syarikat pengendali dan pemandu teksi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik BH Online, cadangan itu dibuat memandangkan syarikat pengendali dan pemandu teksi berdepan penurunan pendapatan kira-kira 90 peratus pada Mac susulan pelaksanaan PKP.

Bagi syarikat pengendali teksi, gabungan persatuan itu mahu kerajaan mempertimbang cadangan iaitu kadar cukai sifar atau minimum ke atas syarikat teksi untuk baki tahun ini dan menimbang subsidi tambahan berjumlah RM600 dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pekerja syarikat yang bukan pemandu.

“Selain itu, kami mencadangkan kerajaan melihat masalah syarikat teksi secara holistik kerana sesetengah daripadanya mungkin berada di bawah kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan tidak layak untuk sebarang bantuan berkaitan PKS,” katanya GPST dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi pemandu teksi pula, GPST mencadangkan supaya syarikat tidak mengenakan sewa teksi dalam tempoh tertentu atau penangguhan bayaran sewa atau diskaun ke atas sewa teksi.

“Oleh itu, setiap pemandu teksi diminta untuk bertemu dan berbincang dengan wakil syarikat teksi masing-masing untuk menentukan pilihan mana yang terbuka kepada mereka.

“Seboleh-bolehnya, ahli kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong kehidupan pemandu teksi, selain kami juga bergantung kepada sokongan infrastruktur pengangkutan awam negara,” katanya.

Justeru, GPST berkata, bagi membantu mengurangkan implikasi kewangan ke atas pemandu dan syarikat teksi, persatuan berkenaan mengemukakan tiga cadangan untuk diperhalusi

Dalam kenyataan sama, GPST turut menyeru syarikat pengendali teksi bukan ahlinya untuk turut sama mengambil langkah terbaik untuk menjaga kebajikan pemandu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");