Berita Hari Ini

Pesta ‘Songkran’ Pekerja Asing, Polis Tunggu Penjelasan Kilang

SEPANG – Aksi sekumpulan pekerja asing yang berpesta ‘Songkran’ di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi di sini malam semalam, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima maklumat mengenai ‘pesta’ berkenaan yang diadakan di perkarangan asrama kilang pekerja itu.

“Kita masih menunggu penjelasan daripada pihak kilang tempat mereka bekerja,” katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Sebuah video berdurasi lebih 30 minit yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran.

Menurut maklumat pada video berkenaan, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Tindakan mereka menerima kecaman orang ramai kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara berusaha membendung penularan wabak COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");