Berita Hari Ini

PKP: Caj RM1 Pengeluaran Wang Antara Bank Di ATM Dikecualikan Mulai Isnin

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan semua institusi perbankan dan PayNet untuk mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian RM1 itu akan bermula pada Isnin 6 April hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Langkah ini akan memberikan ruang dan kemudahan kepada rakyat supaya menggunakan ATM yang disediakan (di bank terdekat).

“Dalam masa yang sama saya menasihatkan orang ramai supaya tidak berpusu-pusu di ATM pula. Jarak sosial mesti dipatuhi iaitu satu meter,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata orang ramai juga digalakkan menggunakan khidmat perbankan dalam talian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");