Berita Hari Ini

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi iaitu 15 hingga 28 April, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi wabak COVID-19, selain mengelak penularan semula virus itu

“Tindakan ini selaras dengan pandangan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang menyarankan negara-negara tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal dan sepertimana berlaku di beberapa negara yang penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen, hari ini, lapor Bernama.

Pelaksanaan PKP berkuat kuasa pada 18 hingga 31 Mac lalu bertujuan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini, sebelum ia dilanjutkan pada fasa kedua bermula 1 hingga 14 April.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");