Perak Hari Ini

PKP: Nolee Prihatin Nasib Pengamal Media Perak Yang Terkesan

IPOH: Menyedari akan kesulitan dan kesempitan segelintir pengamal media dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Menurut beliau sumbangan yang dihulurkan adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pengamal media melalui Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP).

“Saya difaham oleh Presiden KSKMP bahawa ada sebahagian rakan media yang berpendapatan kecil dan ada yang berkerja sendiri malah ada juga yang hilang mata pencarian semenjak pengurangan tenaga kerja dibidang media cetak khasnya.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan kehidupan mereka seharian sementara tempoh PKP ini.

“Rakan-rakan media juga merupakan petugas barisan hadapan kita yang banyak membantu menyebarkan berita-berita. Mereka juga berhadapan dengan pelbagai risiko dalam mendapatkan berita sewaktu wabak covid 19 sekarang ini”, katanya.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian, cecair pembasmi kuman dan wang saku disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

Sementara itu pihak Digital Perak melalui Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Meor Rezal Fitri Meor Redwan turut menyumbangkan penutup mulut dan hidung.

Dalam pada itu Pengerusi KSKMP, Rosli Mansor Ahmad Razali berkata sumbangan yang diterima dapat memberi erti yang besar terutamanya kepada rakan media yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yg tatap

“Kami memfokus rakan-rakan media yang berkerja secara sambilan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Begitu juga rakan media yang berpendapan kecil.

“Dalam tempoh PKP ini mereka harus keluar mencari rezeki bagi menyara keluarga masing-masing.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Nolee Ashilin di atas keperihatinan beliau. Ia sangat berharga terutamanya kepada mereka yang telah hilang pekerjaan di beberapa buah syarikat akhbar baru-baru ini “, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");