Panasnya Hari Ini

PKP: Nurulhidayah, Suami Hadir Ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah hadir ke Bukit Aman, Kdekat sini bagi merakam percakapan berhubung dakwaan beliau dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik Harian Metro, kedua-dua mereka dilihat tiba di Bukit Aman pada 11.30 pagi ditemani peguam masing-masing.

Difahamkan proses merakam keterangan dilakukan oleh pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Nurulhidayah, 41, menerima kecaman netizen selepas memuat naik gambar di Instagram berhubung pertemuan dia dan suaminya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat menteri berkenaan.

Perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa Nurulhidayah dan suaminya melanggar perintah PKP dan seolah-olah menyalah gunakan kedudukan sebagai anak tokoh politik untuk membolehkannya berbuat demikian.

Walaupun foto dimuat naik Nurulhidayah menunjukkan ada penjarakan sosial, namun netizen mengkritik tindakan itu selain menuduhnya sebagai ‘kebal’ di sisi undang-undang.

Susulan kecaman diterima, Nurulhidayah menerusi posting di Instagram menyelar tindakan netizen itu selain mencabar mereka membuat laporan polis terhadapnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan belum berhasil dan kini menunggu maklum balas Ketua Polis Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");