Berita Hari Ini

PKP: Peniaga Ingkar Beri Pelbagai Alasan

KANGAR- ‘Dah nak tutup’, ‘Last Customer’ dan ‘Tidak tahu’. Itulah antara alasan yang digunakan oleh pemilik premis perniagaan apabila didatangi pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sepanjang Op COVID MPK sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.

Begitulah sikap segelintir pemilik premis perniagaan seperti  gerai makanan, restoran, kedai runcit dan stesen minyak di sekitar Kangar dan Arau yang masih berdegil tidak mematuhi waktu perniagaan yang ditetapkan oleh kerajaan bermula dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPK Mohd Razihan Anwar Abd Rani berkata sehingga kini sebanyak 27 kompaun telah dikeluarkan ke atas pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi perniagaan di bawah Akta Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan yang dikeluarkan oleh MPK sepanjang tempoh PKP sehingga semalam.

Malam ini sahaja, dua pemilik premis makanan berusia 50-an di Repoh dan Bandar Kangar dikenakan kompaun kerana masih beroperasi selepas 8.00 malam dengan memberi alasan tengah mencuci premis dan mengambil pesanan pelanggan terakhir, katanya kepada Bernama ketika ditemui sewaktu Op COVID-19 MPK sekitar Kangar dan Arau malam tadi.

Beliau berharap semua pemilik premis perniagaan di negeri ini mematuhi arahan PKP dalam membantu kerajaan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 dan sekiranya gagal boleh dikenakan kompaun berjumlah RM250 dan perlu dijelaskan dalam masa tujuh hari.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");