Berita Hari Ini

PKP: ‘Surat Penjara Akan Diteliti’

KUALA LUMPUR: Isu menempatkan individu di penjara selepas dijatuhkan hukuman kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan secara lebih lanjut.

Memetik BH Online, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengambil maklum surat rasmi daripada pengurusan penjara berhubung risiko penempatan individu yang ingkar PKP.

Susulan itu, katanya, mesyuarat menteri bersetuju supaya perkara berkenaan dibincangkan terlebih dahulu bagi memastikan penyelesaian tuntas berupaya dirangka dengan segera.

“Semalam juga ada dikhabarkan mengenai surat daripada pengarah penjara, justeru mesyuarat bersetuju PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Jabatan Penjara Malaysia untuk bincangkan isu ini.

“Ini bagi memastikan ia mendapat penyelesaian segera,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");