Berita Hari Ini

Polis cekup 24 penuntut kolej main bola sepak

Sejumlah 24 penuntut sebuah kolej di George Town ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bermain bola sepak di padang kolej itu di Jalan Cengai, Tanjung Bungah semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kesemua penuntut terbabit ditahan sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian pada 7.14 malam selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Ketika tiba di lokasi, pintu pagar berkunci dan ia dibuka 15 minit kemudian. Pemeriksaan polis mendapati kesemua mereka yang sedang bermain bola di padang itu adalah warganegara tempatan dan penuntut yang tinggal di asrama kolej tersebut,” katanya di GeorgeTown hari ini.

Beliau berkata kesemua penuntut berusia lingkungan 20-an itu ditahan kerana melanggar PKP dan disyaki dengan cuai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya.

“Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kami sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");