Perak Hari Ini

Polis Nafi Kematian Tabligh Di Manjoi Akibat Covid-19

IPOH- Pihak polis menafikan punca kematian seorang lelaki tabligh berusia 44 tahun yang viral di media sosial akibat daripada positif wabak koronavirus (Covid-19).

Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan keputusan ujian Covid-19 dapati negatif dan punca kematian akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz bagaimanapun berkata, beliau ingin menasihati masyarakat awam agar berhati-hati dengan sebarang posting dengan fakta yang tidak betul dimana boleh menyebabkan kegusaran awam serta boleh diambil tindakan Undang-undang.

Katanya, beliau turut terkesan dengan hantaran FB yang memberikan maklumat palsu tentang kejadian tersebut dan menjelaskan tujuan tindakan tersebut diambil oleh pihak hospital.

“Petugas memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa mengangkat mayat tersebut untuk dibawa ke Forensik sebagai SOP langkah pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu katanya, tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku kepada mangsa.

“Mangsa tinggal seorang diri dan kejadian disedari oleh adik simati semasa mahu menziarah abangnya namun, keadaan rumah berkunci dari dalam dan telah mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk membuka pintu yang berkunci.

“Mangsa kemudiaanya dibawah ke Unit Forensik HRPB untuk ujian Covid-19 dan selanjutnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");